Sunday 2 December 2012

HUKUM MENUNTUT ILMU PERUBATAN ISLAM








Alim ulama sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya fardu kifayah atau satu tanggungjawab yang dikenakan ke atas orang Islam secara umum untuk mempela­jarinya. sekiranya ia dipelajari oleh seseorang dalam satu kumpulan maka terlepaslah tanggung­jawab orang lain. Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu kifayah itu, maka semakin banyaklah pahala yang diperolehi oleh mereka, kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh ramai orang.

Hukum mengajar ilmu ini adalah wajib bagi orang yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan masyarakat pula memerlukannya. Menyembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan ter­masuk dalam golongan orang yang bakhil serta kufur nikmat Allah. Kewajipan ini juga bergantung kepada faktor-faktor luar, seperti keadaan tempat, penilaian daripada orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi.

Hukum berubat ada dua, iaitu wajib dan harus. Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakitan dan dapat bersabar serta penyakitu belum teruk. Ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan.

Bagi orang khusus, iaitu seperti para wali dan nabi di mana maqam mereka tinggi dalam meng­hadapi ujian Allah, hukum berubat adalah harus.

Ketabahan Hati

Bagi mereka penyakit itu adalah ujian daripada Allah. Kerana itu jika Allah memberi sakit sebagai ujian maka in tidak perlu diubati. Ia perlu diterima dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya. Malah, kalau penyakit itu terjadi sebagai ujian, ia tidak akan sembuh biarpun diubati selagi Allah tidak mahu menyembuhkannya.

Nabi Allah Ayub A. S. misalnya adalah Nabi yang terkenal dengan ketabahan hati dan kesabaran menanggung cubaan Allah. Pada asalnya ia adalah seorang yang kaya raya, dermawan dan bersifat takwa.

Apabila iblis mengetahui keadaannya sedemikian, ia rasa dengki dan ingin membinasakannya. Iblis memohon pada Allah supaya Nabi Ayub A. S. An diuji untuk menentukan sama ada sifat-sifat yang wujud padanya itu lahir dari keikhlasan diri atau kerana nikmat-nikmat kurnia Allah. Allah telah membiarkan iblis untuk mengujinya.

Pada mulanya semua unta kepunyaan Nabi Ayub A. S. telah binasa, tetapi ia tetap memuji Allah. Kali kedua kesemua kambing ternakan bersama gembal­anya mati. Kemudian sawah ladang dan semua harta bendanya binasa. Lepas itu semua anaknya habis terbunuh dilanda gempa bumi, tetapi ia tetap sabar.

Akhir sekali Allah mengujinya dengan memenuhi permintaan iblis dengan menjadikan dagingnya luka-luka dan keluar nanah yang sangat busuk baunya. Ia dipulaukan oleh orang ramai kecuali isterinya yang setia, Siti Rahmah binti Afraim. Datam tafsirnya, Yusuf Al-Qurtubi menceritakan tentang kesabaran dan ketabahan Nabi Ayub A. S. dengan mengatakan bila ia sujud, maka berjatuhan­lah ulat dari kepalanya, apabila selesai sujud, ulat­ ulat tadi dipungutnya dan diletakkannya semula di tempat yang asal.

Dalam menghadapi dugaan ini, Nabi Ayub A.S. hanya bersabar dan tidak berikhtiar atau berdoa agar Allah S.W.T. menyembuhkannya. Ia hanya berkata, seperti vang dijelaskan dalam Al-Quran, surah Al-Ambiaya: 83 yang bermaksud:"Tatkala Ayub berseru kepada Tuhannya,Sesungguhnya aku telah disentuh, oleh sesuatu mala­petaka sedang engkau adalah lebih pengasih dari segala yang pengasih"

Kita lihat betapa halusnya ungkapan dalam firman tadi. Biarpun ia telah mengalami berbagai­ bagai penderitaan, tetapi Nabi Ayub A.S. tetap meyakini bahawa Allah itu adalah lebih pengasih dari segala yang pengasih. Segala bentuk dugaan itu tidak dikatakannya sebagai bencana daripada Allah.

Nabi Ayub A. S. menggunakan satu ungkapan yang memperlihatkan sifat-sifat ketabahan dan kesabarannya menghadapi dugaan itu dengan men­gatakan bahawa segala-galanya itu adalah mala­petaka yang telah menyentuhnya. Ia tidak menyesal atau mengadu. Ia hanya menyatakan bahawa Allah itu adalah paling mengasihi, kerana itu akhirnya Allah menghilangkan malapetaka yang menimpa­nya.

Itulah dia Nabi Ayub A. S. yang terkenal dengan kesabarannya. Allah menurunkan bencana kepadanya sebagai ujian, dan Allah memberikannya kesabaran. Bahawasanya Allah S.W.T. apabila men­gasihi seseorang hamba lalu akan menurunkan ujian kepada hamba-Nya itu seperti yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah apabila telah mengasihi seseorang hamba nescaya ia mengujinya.

Selain daripada berziarah, mengubati pesakit juga merupakan satu kewajipan bagi orang yang menge­tahuinya. Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyebarkannya kepada masyarakat yang a memerlukannya, ia dianggap sebagai kufur nikmat. Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya.

Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu dari ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah. Allah memberi seseorang itu ilmu, dan orang yang berilmu itu memberi khidmat kepada manusia melalui ilmu yang dimilikinya den­gan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran daripada manusia selain daripada Allah. Allah berjanji bahawa ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang mensyukuri nikmat Allah di samping memberi kemewahan hidup di dunia ketetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka. Dalam surah Ibrahim:ayat 7 Allah berfirman:"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambah (nikmat) kepada hainu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

Oleh Dato Ustaz Haron Din

No comments:

Post a Comment