Friday 25 January 2013

BEKAM UNTUK KULIT MUKA BERMASALAH JERAWAT, JERAWAT BATU DAN JERAWAT NASI RM30 SAHAJA

Photobucket



Bagi individu yang mempunyai masalah resdung serius,jerawat batu dan kulit sering menggelupas dan bermasalah,saya syorkan anda berbekam dibahagian pipi seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah masalah kulit muka anda selesai.Kulit muka yang bermasalah berpunca dari bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka,bila dilakukan bekam darah,semua bakteria itu akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat lagi kehitaman.

Kaedah bekam ini mengambil masa 20min sahaja,lelaki dan wanita sesuai untuk mencuba perkhidmatan ini.Selepas bekam dijalankan,muka anda tiada kesan parut dan kesan lebam akibat proses bekam tadi

Apa itu Resdung?


Photobucket


Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR HATTA SIHIR PALING BERBISA PUN


Bekam Leher Pictures, Images and Photos


Dari Ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah,juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar.Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka".Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya,iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu,sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam,berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut,tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah.Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang,lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala dimana jin memberikan pengaruh padanya.Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama..Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam.Sebenarnya,bekam nie mampu menyedut jin-jin sihir tu dimana darah yang keluar itu nanti berbentuk bertali dan kulit tempat berbekam itu akan rasa panas memijar..

KESIMPULANNYA,BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU,SIHIR DAN SAKA,ANDA DIGALAKKAN BERBEKAM SEMINGGU SEKALI DIKAWASAN TENGKUK DISAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYARIAH.

POIN RAWATAN BEKAM KAKI YANG MANJUR UNTUK MERAWAT KEBAS-KEBAS DI KAKI



Bagi mereka yang selalu mengalami masalah kebas ketika bangun berdiri akibat duduk bersila terlalu lama, itu petanda bahagian kaki anda banyak toksid dan angin serta peredaran darah yang kurang lancar. Anda disyorkan untuk berbekam 8 point pada kedua belah kaki, InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda akan pulih.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

Bekam Benar-benar Effective Merawat Darah Tinggi RM50




Bekam melibatkan 10cup disekitar tengkuk,kepala dan bahu
bagi menstabilkan semula tekanan darah yang tinggi,insyaAllah segala toksid,toksin dan kolestrol akan keluar bersama darah bekam.Pesakit dianjurkan berbekam untuk masalah darah tinggi ini sebulan sekali.Untuk kesembuhan yang maksimum,anda disyorkan makan 1bj pagi dan 1bj petang kapsul BARAKA habbatus sawda selama sebulan.

Bekam Pemusnah Gout RM50



Bekam ini melibatkan 10cup disekitar punggung dan anggota yang bengkak akibat bengkak gout.
 
Gout berpunca dari kandungan uric acid yang tinggi pada saluran darah,insyaAllah selepas berbekam kawasan yang bengkak tidak sakit lagi kerana uric acid telah keluar bersama darah bekam.
 
Untuk kesembuhan yang maksimum,anda disyorkan makan 2bj pagi dan 2bj petang kapsul BARAKA habbatus sawda selama sebulan

KEAJAIBAN NYATA PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN UNTUK PENYAKIT ANEH









Seorang wanita menderita penyakit aneh disekitar dada dan punggungnya mengakibatkan nafasnya menjadi sesak dan susah bergerak.Dia kerap membaca surah Al-Fatehah 7x sambil memegang bahagian tubuhnya yang sering terasa sakit.Setelah membiasakan bacaan itu,ternyata sakitnya sembuh dalam waktu yang sangat singkat.Kesimpulannya, kita boleh mengubati sebarang penyakit fizikal yang ada pada diri kita dan juga keluarga dengan meletakkan tangan pada tempat yang sakit sambil membaca fatehah ulangan 7x sehari dengan istiqomah.

SUMBER:Dari buku HIKMAH TERAPI AL-QURAN

RAWATAN AURA SERI TERAPI 5in1 YANG TERBUKTI KEAMPUHANNYA







Terapi aura seri adalah terapi al quran 5in1...

-Menyembuhkan masalah santau

-Menyembuhkan masalah sihir

-Menyembuhkan masalah saka

-Menyerikan wajah

-Meringankan jodoh


Sudah 2 bulan rawatan aura seri dilancarkan,alhamdulillah berkat izinNya ada seorang pelanggan terapi aura seri kami sudah mendapat jodoh,kami doakan jodoh beliau bahagia hingga keakhir hayat aminnn...

MENGGELUPUR KERASUKAN SEMASA RAWATAN AURA SERI


Ini kisah benar berlaku 5 hari lepas apabila seorang wanita pertengahan 30an dari Klang berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan aura seri bagi meringankan masalah jodoh.Beliau kerap mengadu sakit pinggang,badan lebam-lebam dan banyak halangan apabila menjalin hubungan dengan lelaki.Dipendekkan cerita saya terus menyuruh beliau duduk melunjur kearah kiblat sambil memejamkan mata,lalu saya membaca ayat al quran pembatal sihir dan penyeri wajah.Dalam masa 5 minit ayat al quran dibacakan,badan beliau kerasukan seperti bergoyang-goyang dengan agresif.Ini petanda ada gangguan yang aktif bergerak dalam alirah darah pesakit,tanpa mengendahkan respon tersebut saya terus membacakan lagi ayat al quran yang panjang selama 15min sambil menepuk tengkuk pesakit,alhamdulillah rawatan dipermudahkahkan olehNya,pesakit mula muntah dengan banyak.Selepas tamat bacaan ruqyah,pesakit merasa lega dan ringan pada seluruh tubuh badan,saya mengesyorkan pesakit minum dan mandi air doa serta bunga selama 3 hari bagi menawarkan segala gangguan dalam badan.Amalan ayat-ayat syifa diberikan kepada pesakit untuk pesakit bagi memaksimumkan aura diri dan pendinding diri.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI SANGAT AMPUH DALAM MENGHINDARI SAKIT BUAH PINGGANG















Sakit buah pinggang semakin meningkat dikalangan rakyat M`sia sejak kebelakangan ini,ia berpunca dari sikap orang M`sia yang kerap mengambil ubatan klinikal pada dosage yang tinggi dengan jangkamasa yang panjang.Bila terlalu banyak ubatan klinikal berada pada sistem aliran darah,ia akan meningkatkan risiko sangkutnya bahan kimia tersebut pada sistem buah pinggang dan akan mengakibatkan kerosakan pada jangka masa yang panjang.Kaedah berbekam/al hijamah pula bertindak menyedut toksid/toksin/bahan kimia ubatan dari sistem darah badan dan hasilnya kita akan dihindari terkena penyakit buah pinggang kerana aliran sistem darah pada badan kita sentiasa bersih tanpa pencemaran ubatan klinikal apabila melalui proses filter di buah pinggang.

TIPS BERBEKAM (AL HIJAMAH) YANG PALING EFFECTIVE





1) Berbekam pada sebelah pagi.

2) Berbekam pada tanggal 13,15,17,19 atau 21hb pada kalendar islam.

3) Berpuasa sehari awal sebelum berbekam.

4) Jangan mengambil apa-apa makanan sebelum berbekam.

5) Jangan tidur/makan sejam selepas rawatan bekam.

6) Point yang amat-amat dianjurkan berbekam selari dengan sunnah ialah satu point di pusat kepala dan 3 point ditengkuk.

RAWATAN PEMBINASA SAKA DI MEDAN IDAMAN

Petanda diri berSAKA...

1) Sering bermimpi kanak-kanak atau menyusukan bayi.

2) Bermimpi bintang seperti kucing/harimau.

3) Bermimpi rumah lama.

4) Bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

5) Panas baran.

6) Tahu sesuatu perkara sebelum terjadi (sixth sense).

7) Boleh melihat makhluk halus.

8) Boleh mengurut/mengubat belajar melalui mimpi.

9) Sakit/pengsan ketika menziarahi orang meninggal.

Bayaran adalah seikhlas hati jika anda ingin membuang saka di pusat rawatan kami,sila SMS sejam awal sebelum datang

MERUQYAH DAN MEMBEKAM PESAKIT GANGGUAN JIN AGAR MENCAPAI KESEMBUHAN SEGERA








Semalam kedai saya didatangi seorang pesakit wanita yang sudah mengalami gangguan selama lebih 10 tahun..Apabila maghrib dan ada masa-masa tertentu badan beliau menggigil dan tiba-tiba menjerit..Beliau juga mengalami sukar tidur pada waktu malam..Selama 10 tahun itu juga beliau mengambil pil sawan babi yang dibekalkan pihak hospital yang bertindak sebagai ubat penenang kepada masalah beliau.

Saya memulakan rawatan dengan meruqyah beliau,badan beliau menggigil dan adakalanya menjerit kuat...Selepas tamat sesi ruqyah saya menyuruh beliau supaya minum dan mandi air rawatan selama 7 hari.

Kemudian saya mencukur kepala beliau sedikit untuk menjalani sesi bekam sunnah di pusat kepala.Darah kotor lagi hitam yang keluar amat banyak sekali dimana saya melakukan 2x sesi sedutan darah.Selepas tamat sesi bekam darah,beliau menangis kuat dan pesakit mengatakan dia menangis tanpa disedari dan diluar kawalan...

Saya syor pesakit datang seminggu sekali untuk menjalani sesi bekam dan ruqyah serta selain itu pesakit juga disyorkan untuk tidak mengambil pil penenang itu lagi kerana dikhuatiri akan merosakkan saraf otak dan juga tidak memberikan kesan positif pada rawatan yang saya berikan.

BERBAGAI KHASIAT URUT BATIN



1) Melancarkan seluruh saluran darah urat zakar dan sekitarnya.

2) Membuang angin sekitar urat dan pembuluh darah disekitar kawasan zakar.

3) Menambahkan penghasilan sperma lelaki.

4) Meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

5) Kos penjagaan kesihatan batin yang murah.

6) Menambahkan tahap kekerasan pada anggota zakar.

7) Melambatkan pancutan air mani semasa berjimak.

8) Jika kerap berurut,saiz zakar akan kembang dan mantap sedikit dari biasa.

9) Dapat menghindari masalah penyakit lemah syahwat dan mati pucuk dimasa-masa akan datang.

10) Meningkatkan kenikmatan dan sensasi semasa berjimak.

TIPS INGIN KEKAL LANGSING DAN AWET MUDA



Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A) Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B) Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”.

C) Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

TIP UNTUK MEMUTIHKAN KULIT MUKA




Sediakan sebiji telur ayam biasa dan sebiji limau nipis.Telur dipecahkan dalam mangkuk dan ambil yang kuning sahaja dan perahkan sebiji limau nipis.Kacau kuning telur dan perahan limau hingga sebati lalu sapukan rata-rata dimuka sebelum tidur pada waktu malam.Keesokan paginya baru cuci muka bersih-bersih dengan air biasa.Lakukan proses ini 7 hari berturut-turut,insyaAllah anda akan lihat hasilnya..

TIP SUPAYA BIBIR SENTIASA MERAH BAK DELIMA






Cara 1) Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Cara 2) Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

KAEDAH BEKAM TERKINI TIDAK MENYAKITKAN DAN TIDAK PERLU DITAKUTI





Gambar diatas ialah pen bekam dan lancet yang berfungsi untuk melakukan tusukan pada kulit bagi mengeluarkan darah kotor dalam proses bekam darah yang dijalankan oleh pihak kami.

Kaedah yang digunakan ini tidak meninggalkan sebarang parut pada kawasan yang ditusuk/bekam dan juga tiada lagi rasa kesakitan semasa tusukan lancet kerana tusukan pen bekam ini amat-amat laju.

PENYEMBUHAN BERKESAN TERAPI AL-QURAN UNTUK SAKIT BUAH PINGGANG










Seorang lelaki menderita penyakit kegagalan buah pinggang yang begitu lama sehingga dia harus menjalani cuci darah yang meletihkan.Dalam fikirannya hanya ada kematian yang boleh datang bila-bila sahaja.Ketika itu dia belum berfikir untuk mencuba perubatan terapi ruqyah syar'iyah kerana dia belum mengetahui betapa besarnya manfaat dan pengaruh penyembuhan yang akan didapati untuk penyakit yang dideritainya dengan ruqyah syar'iyah dan bacaan ayat-ayat Al Quran.

Akhirnya dia disarankan untuk mencuba kaedah perubatan tersebut.Setelah mencuba terapi ruqyah dia memperolehi penyembuhan hanya dalam waktu beberapa bulan sahaja.Ayat-ayat untuk penyembuhan buah pinggang ialah fatehah 7x,selawat7x dan al mukminun 115-118 7x.

SUMBER :Dari buku HIKMAH TERAPI AL-QURAN

AWAS! TARIKH TERBAIK BERBEKAM SEDANG TIBA




 Assalamualaikum,Bismillah, Pembaca blog yang dimuliakan oleh Allah maksud sebuah hadis marfuq Rasulullah SAW pernah bersabda "  BERBEKAM PADA 17,19  DAN 21(BULAN ISLAM) MENYEMBUHKAN SEMUA PENYAKIT.

Saiz bulan mempengaruhi daya graviti bumi,jika bulan mengambang penuh bermakna graviti pada tahap maksimum dan jika berbekam pada waktu tersebut,darah kotor/toksid akan keluar dari badan dalam keadaan maksimum.
Waktu bulan penuh ialah pada pertengahan bulan islam dan tarikh terbaik berbekam sunnah ialah pada 17hb/19hb/21hb mengikut kalandar islam.
Maka untuk bulan ini 17 Rabiulawwal adalah pada SELASA 29 JANUARI,  19 Rabiulawwal adalah pada KHAMIS 31 JANUARI dan 21 Rabiulawwal adalah pada SABTU 2 FEBRUARI. Selamat berbekam

KENAPA PERLU MEMBACA ALFATIHAH SEBANYAK 7X SEBAGAI KAEDAH RAWATAN


AbdurRahman.org » Sitemap » health »

[Fatwa] Reciting Faatihah Seven Times as Ruqya

by Shaykh Muqbil bin Haadee

Question:
Is it established that the one performing ruqya should recite Al-Faatihah seven times, and what is the proof for that?
Answer:
It has appeared through some of the chains of narration pertaining to the hadeeth of ruqya that Aboo Sa’eed Al-Khudree read it seven times upon the one who was bitten and he was cured by the permission of Allaah.
Shaykh Muqbil bin Haadee
Ghaaratul ashritah, 'alaa ahlil jahl was-safsatah, volume 2, page 241
Translated by Aboo Haatim Muhammad Farooq

Assalamualaikum, Bismillah, Pemnbaca blog yang dirahmati Allah, bagi kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan dengan saya dicadangkan supaya membaca alfatihah sebanyak 7 kali pada air ruqyah yang akan diminum ataupun  pada air mandian bersandarkan kepada hadis di atas yang mana seorang sahabat membacakan alfatihah sebanyak tujuh kali kepada seorang yang digigit binatang berbisa dan ia sembuh dengan izin Allah.

Pembacaan alfatihah sebanyak tujuh kali ini boleh juga dibacakan kepada pesakit, air atau bahan2 perubatan seperti madu,minyak zaitun dan sebagainya.