Thursday 17 January 2013

SIHIR ALAF BARU




Assalamualaikum, Bismillah, untuk pengetahuan pembaca blog yang dimuliakan Allah terdapat beberapa pesakit yang datang mengadu sakit dan bisa-bisa angggota badan tetapi apabila mendapatkan rawatan di hospital doktor tidak dapat mengesan penyakit mereka.

Malah lebih menakjubkan apabila mereka mendapatkan rawatan dari perawat Islam pun tidak dapat mengurangkan kesakitan yang dialami walaupun setelah diruqyah atau membuat mandian .

Ini adalah disebabkan sihir yang menggunakan bahan berbisa hampir sama dengan kaedah santau tetapi anggota yang diserang  berbeza pula iaitu samada pinggang, perut atau kaki dan bukan di kawasan dada atau paru-paru seperti santau.

Kaedah rawatan yang dicadangkan adalah dengan ruqyah dan bekam untuk mengeluarkan bisa-bisa berkenaan. Sekiranya sangat serius maka nasihat perawat adalah diperlukan. Pesakit juga dipantangkan memakan cuka, rebung,nenas dan limau sama seperti pantangan santau

No comments:

Post a Comment