Friday 25 January 2013

MERUQYAH DAN MEMBEKAM PESAKIT GANGGUAN JIN AGAR MENCAPAI KESEMBUHAN SEGERA








Semalam kedai saya didatangi seorang pesakit wanita yang sudah mengalami gangguan selama lebih 10 tahun..Apabila maghrib dan ada masa-masa tertentu badan beliau menggigil dan tiba-tiba menjerit..Beliau juga mengalami sukar tidur pada waktu malam..Selama 10 tahun itu juga beliau mengambil pil sawan babi yang dibekalkan pihak hospital yang bertindak sebagai ubat penenang kepada masalah beliau.

Saya memulakan rawatan dengan meruqyah beliau,badan beliau menggigil dan adakalanya menjerit kuat...Selepas tamat sesi ruqyah saya menyuruh beliau supaya minum dan mandi air rawatan selama 7 hari.

Kemudian saya mencukur kepala beliau sedikit untuk menjalani sesi bekam sunnah di pusat kepala.Darah kotor lagi hitam yang keluar amat banyak sekali dimana saya melakukan 2x sesi sedutan darah.Selepas tamat sesi bekam darah,beliau menangis kuat dan pesakit mengatakan dia menangis tanpa disedari dan diluar kawalan...

Saya syor pesakit datang seminggu sekali untuk menjalani sesi bekam dan ruqyah serta selain itu pesakit juga disyorkan untuk tidak mengambil pil penenang itu lagi kerana dikhuatiri akan merosakkan saraf otak dan juga tidak memberikan kesan positif pada rawatan yang saya berikan.

No comments:

Post a Comment