Saturday 29 December 2012

BERBEKAM SECARA TERATUR DAPAT HINDARI PENYAKIT2 BERAT


Assalamualaikum, Bismillah Ada berita yang benar-benar menggembirakan bagi orang yang istiqomah@berterusan melakukan bekam iaitu selain dapat pahala mengamalkan sunnah maka mereka akan terhindar dari penyakit2 berat. Cuba perhatikan betul2 hadis di bawah ini dan fikirkanlah tentang hadis ini lebih dari dua kali :

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud) 

Bagi orang yang sihat disarankan berbekam sebanyak 10 cup sekurang2nya dua kali setahun

Ada sedikit masalah kesihatan maka sebaiknya berbekam 3 bulan sekali

Masalah kesihatan sederhana sebulan sekali

Penyakit berat- berbekam seminggu sekali selama tiga minggu berturut2 dan seterusnya setiap bulan sekali sehingga sembuh atau sehingga keadaan kesihatan lebih memuaskan.

Sunday 23 December 2012

BEKAM KEHANDSOMAN LELAKI


Bekam kehandsoman ialah berbekam untuk menghilangkan sebarang jerawat pada muka dan juga pembersihan darah kotor disekitar pembuluh darah kawasan muka.Kawasan titik bekam yang terlibat ialah bawah mata,atas mata dan juga tengkuk.InsyaAllah perjalanan darah akan menjadi lancar dan jerawat sedia ada akan jadi kecut.Lelaki dan wanita boleh cuba rawatan bekam kecantikan ini yer..  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

ULAR HITAM DALAM MIMPI ITU JIN


Bagi mereka yang kerap bermimpi dibelit/dipatuk ular hitam,berhati-hatilah anda sebenarnya sedang diserang gangguan jin.Bukanlah bila kita bermimpi dipatuk ular itu petanda kita ingin dipinang oleh mana-mana lelaki.

IMPLIKASI JIKA PENYAKIT SIHIR TIDAK DIRAWAT


-Perceraian rumah tangga -Hilang keyakinan diri -Kerap termenung -Hilang fokus pada kerjaya -Hilang fokus pada pelajaran -Badan susut -Lemah syahwat -Panas baran -Sukar mencari jodoh -Wajah kusam dan hilang seri -Banyak ketumbuhan ganjil pada badan -Kanser -Pendiam
Jika anda mengalami masalah sihir saya syorkan anda carilah perawat islam yang berdekatan untuk sesi terapi al quran.
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

APA ITU BEKAM SIHIR ?


Bekam sihir adalah satu kaedah bekam darah bagi pesakit gangguan jin,titik bekam sihir disusun oleh perawat islam yang berpengalaman dalam bidang rawatan sihir,maksudnya titik bekam sihir adalah lokasi kegemaran jin dalam badan manusia.Apabila selesai proses berbekam,pesakit akan terasa ringan dan kesakitan akibat unsur gangguan akan berkurangan sehingga 60%,insyaAllah.

Jurubekam amatur/jurubekam baru yang tiada pengalaman dalam bidang merawat sihir adalah tidak dianjurkan membekam pesakit sihir,ini kerana serang balas sihir agak bahaya jika roh dalaman tidak kuat.Sebelum membekam pesakit jurubekam perlu membaca ayat perlindungan seperti Kursi dan 3 Qul dan semasa proses bekam pula zikir "Allah" perlu dibaca jangan putus dalam hati,insyaAllah jurubekam dilindungi oleh Allah SWT.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MINUMAN/MAKANAN YANG MELEMAHKAN SYAHWAT


-Air sejuk/ais
-Air bergas
-Tapai pulut
 -Nasi pulut
 -Teh

Sumber makanan diatas banyak menyumbang angin pada badan,apabila badan dan zakar kita banyak unsur angin,secara tak langsung akan menyebabkan ereksi semakin lemah dan kerap pancut awal kerana suhu zakar sejuk.

Kesimpulannya elakkan mengambil makanan/minuman diatas dengan kerap,sesekali tidak mengapa.

HINDARI UBATAN INSULIN UNTUK ELAK LEMAH SYAHWAT


Bagi kaum lelaki yang mengidap kencing manis,anda selalunya mengambil ubatan moden untuk mengawal gula dalam darah seperti pil/suntikan insulin.Jika ubatan sebegini diambil berterusan dikhuatiri akan menyebabkan masalah lemah syahwat pula.

Bagi menggantikan ubatan insulin untuk mengawal gula dalam darah,anda disyorkan makan kapsul tunjuk langit 2biji pagi dan 2biji petang setiap hari.Selain itu juga anda perlu menjalani rawatan bekam darah 2 minggu sekali bagi mengurangkan kandungan gula dan sekaligus merawat organ pankreas.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR


-Gigi berlaga ketika tidur -Mengerang/mengeluh semasa tidur -Kerap terjaga-jaga semasa tidur -Sukar melelapkan mata bila tidur -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Mimpi dipatuk/digigit/belit binatang berbisa warna hitam -Mimpi berada ditempat kotor/sunyi -Mimpi dukung/menyusu bayi -Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali -Kerap ditindih ketika tidur -Sayang melampau pada orang yang baru dikenali -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Gagal melakukan hubungan kelamin -Batuk yang berpanjangan -Kerap muntah darah -Kerap melihat kelibat dirumah -Mendengar seperti bunyi guli jatuh atas syiling -Sakit kepala selepas waktu asar -Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar -Sakit tulang belakang dan juga rusuk selepas waktu asar -Gatal-gatal kulit waktu maghrib -Badan panas waktu maghrib -Benci melihat muka suami/isteri -Banyak halangan dalam jodoh

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BEKAM


Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda,anda disyorkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali.Amalan bekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat,mencairkan darah,melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan,meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung,jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan,insyaAllah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan dariNya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL


Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam...  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BETAPA BAHAYANYA SYIRIK AKIBAT AMALAN SUSUK



 

Definisi
Amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan

Jenis-Jenis Susuk
  • Susuk Nyata
  • Susuk Ghaib
Susuk Nyata
  1. Susuk emas (popular-untuk pengasihan)
  2. Susuk berlian (kos tinggi)
  3. Susuk Mutiara (suara merdu)
  4. Susuk geliga buaya (nafsu)
  5. Susuk besi /beruang (kebal)
  6. Susuk bunga (pengasihan-konnnya akan keluar 40 hari sebelum mati)
  7. Susuk Raksa (kebal besi)
  8. Susuk bulu rusa (semangat waja diri)
  9. Susuk buluh Perindu (suara merdu & pengasihan)
  10. Susuk tulang manusia (kononnya boleh nampak alam jin)
Susuk Ghaib
Amalan tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Pemakaian Susuk
  1. Pemanis dan seri wajah
  2. Pelaris diri
  3. Pelaris perniagaan
  4. Kebal
  5. Mencantikkan payudara @ kemaluan lelaki
  6. Hebat dalam perhubungan seksual
  7. Memulihkan dara
  8. Menundukkan musuh @ binatang
  9. Pendinding diri
  10. Menjadikan suara merdu
  11. Mengikat kasih sayang
  12. Menjadi muda
Pantang Pemakai Susuk
  1. Pisang emas
  2. Memakan buah kundur
  3. Makan makanan bercucuk seperti sate dan sebagainya
  4. Lalu dibawah jemuran kain basah
  5. Memakan labu
  6. Makan buah @ daun kelor
  7. Melihat bulan penuh dengan niat
  8. Melihat cermin dalam tempoh yang tertentu
  9. Menghadiri Majlis Pengebumian
  10. Diketuk dengan senduk
  11. Mengoyak @ memotong daun palas
Hukum memakai susuk adalah haram disisi agama islam. Bertaubatlah anda sebelum pintu taubat ditutup.

Al-Quran mengatakan:
"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)
 
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. 
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.
Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
 

Friday 21 December 2012

RAWATAN BERKESAN UNTUK PESAKIT PSORIASIS


Assalamualaikum, Bismillah, kini pesakit psoriasis dapat menjalakan kehidupan dengan lebih selesa jika cepat menjalani rawatan bekam yang amat berkesan menyembuhkan penyakit kulit seperti ini. dan juga sapukan minyak zaitun extra virgin di kawasan bersisik berkenaan untuk cepat memulihkannya.

RAWATAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

Assalamualaikum, Bismillah, Pesakit kencing manis disarankan mengurangkan ubat2an dari hospital atau suntikan insulin untuk mengelakkan kesan sampingan seperti lemah syahwat  dan lain2

Sebaliknya pesakit disarankan mengambil kapsul tunjuk langit, cuka kurma dan habbatussawda sebagai ubat pengganti yang tiada kesan sampingan untuk mengawal kadar gula dalam badan dan menyembuhkan kencing manis.

Pesakit yang alahan kepada tunjuk langit atau cuka kurma disarankan mengambil habbatussawda dalam dos yang lebih besar iaitu 2 atau 3 kapsul  setiap pagi, petang dan malam selama 3 bulan

KAEDAH2 BEKAM YANG BERKESAN UNTUK MERAWAT PESAKIT KENCING MANIS


Assalamualaikum, Bismillah. Sudah sepatutnya kita mengucapkan syukur dan berterima kasih banyak2 kepada Allah dan Rasulnya kerana kini kita dapat menyelesaikan masalah penyakit kencing manis dengan berbekam dan dapat mengelakkan kesan sampingan akibat pengambilan ubat2an.

1) Pesakit kencing manis disarankan berbekam seminggu sekali selama tiga minggu berturut2 dan seterusnya berbekam sebulan sekali sehingga sembuh

2) bekam kali pertama adalah pada semua poin sunnah termasuk kepala (sebaiknya).

3)Bekam pada kali kedua dan berikutnya adalah pada poin2 lain di atas daripada pinggang

Pesakit dilarang keras mengambil minuman bergas, ais krim dan kek yang ada banyak 'cream'

Sunday 16 December 2012

RAWATAN SIHIR TAFRIQ & SIHIR JERUT


Assalamualaikum, Bismillah. Antara kes sihir yang banyak terjadi di Lembah Klang adalah sihir pemisah suami isteri yang menyebabkan berlaku pergaduhan.Kadang2 suami menjadi ganas dengan memukul isterinya sedangkan dahulu perangainya tidaklah kasar. Begitu juga sebaliknya ada isteri yang hilang kawalan diri akibat disihir dan memukul suaminya tanpa disedari . Dan jika tidak dirawat dengan baik maka berakhir dengan perceraian. Pasangan suami isteri hendaklah memperhatikan perubahan sikap pasangannya yang berbeza dari kebiasaan dan membandingkan dengan tanda2 sihir yang terdapat di dalam blog ini atau lainnya dan segera mendapatkan rawatan ruqyah Islamiah
Adakalanya sihir ini dikombinasi dengan sihir jerut di mana suami isteri tidak dapat melakukan hubungan badan. Jika berlaku pada suami maka bagi kebanyakan kes zakar suami tiba2 terkulai lemah dan tidak boleh bangkit lagi apabila hendak dimasukkan ke dalam faraj isteri sedangkan sebelumnya menegang dengan baik.


Bagi si isteri yang terkena sihir jerut ini kebanyakan kes adalah tiba2 hilang nafsu dan jadi gementar ketakutan bila suami ingin memasukkan zakarnya sedangkan ketika bercumbuan nafsunya teransang dengan baik.

Selain diruqyah , mandi dan minum air doa maka di bawah ini adalah kaedah wajib dibuat untuk merongkaikan dan membatalkan sihir ini.:

1) Bekam pada poin sunnah di kepala
2) Makan kurma ajwa 7 biji setiap hari berturut2 selama sebulan. Dan kena sediakan kurma ajwa sebagai bekalan kecemasan untuk dimakan ketika diserang sihir
3) Amalkan habbatussawda secara istiqomah.

Rajinlah amalkan doa ma' thurat pagi dan petang sebagai perlindungan diri .

BEKAM JERAWAT DI BADAN


Assalamualaikum , Bismillah.  Seorang pelajar kejuruteraan sebuah IPTS datang untuk melakukan bekam bagi merawat masalah jerawat di badannya. Dia mengaku kerap memakan ayam daging dan kulitnya. Inilah yang menyebabkan kulit badannya berbintik2 kerana kulitg ayam daging bany7ak mengandungi toksin yang berpunca dari bahan penggemuk ayam.

Apabila dilakukan bekam di kawasan berjerawat banyak darah kotor yang sangat hitam keluar. Saya juga mencadangkan pesakit menyapu kawasan belakang badannya dengan minyak zaitun extra virgin untuk cepat memulihkan kulitnya.

Saturday 15 December 2012

9 MANFAAT AIR DALAM TUBUH BADAN

9 MANFAAT AIR DALAM TUBUH BADAN

1) Air dapat menjaga keselarasan dan keseimbangan tubuh sehingga dapat menambah tenaga dan kekuatan tubuh.

2) Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang didalam tubuh.

3) Mengatur darjah suhu dalam tubuh.

4) Membersihkan darah dari racun.

5) Sebagai perantara bagi proses kimia yang berlangsung didalam tubuh.

6) Air dapat menghasilkan keseimbangan kadar zat-zat kimia didalam tubuh dan menambah tingkat kelembapan tubuh.

7) Meningkatkan kinerja organ pencernaan dan saluran pembuangan.

8) Membasahi persendian.

9) Menyebarkan makanan keseluruh sel tubuh.

ZIKIR KUNCI DIRI UNTUK PERAWAT/TUKANG URUT DARI DISERANG SYAITAN

Add caption





Bagi perawat/tukang urut yang baru menceburkan diri dalam bidang rawatan,perlu diingatkan kerja-kerja sebegini memang berisiko tinggi..jika anda kurang amalan pendinding diri,badan anda boleh lumpuh/bisa-bisa apabila diserang jin/syaitan...

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi,saya syor anda baca zikir diatas 100x dan lebih setiap hari sebelum merawat/mengurut pesakit...InsyaAllah diri anda terpelihara olehNya...

JIN SIHIR/BARANG-BARANG SIHIR MUDAH KELUAR MELALUI MUNTAH JIKA PESAKIT MINUM SESUDU CUKA EPAL TERLEBIH DAHULU









Assalamualaikum.Cuka epal perlu dibacakan fatehah 1x,al a'raf 117-122 7x,yunus 81-82 7x,thaha 69 7x,al falaq 7x dan an nas 7x dan tiup 10 saat pada cuka epal tersebut.Beri pesakit minum sebanyak sesudu dan kemudian perawat mula bacakan ruqyah dengan kuat pada telinga kiri pesakit,insyaAllah pesakit akan muntah dengan banyaknya dan pesakit juga akan merasa ringan selepas itu..Selamat Mencuba.

Rawatan Koma(Tidak sedar diri dalam tempoh lama)


1)Ruqyah/bacaan Quran dibacakan pada pesakit dan air untuk lap seluruh tubuh
2)Bekam poin sunnah di kepala sahaja
3)air zam-zam untuk disapu muka dll

Friday 14 December 2012

BEKAM CEPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT ECZEMA


Assalamualaikum, pesakit eczema yang dirawat minggu lepas datang untuk rawatan susulan dibawa oleh bapanya. Agak menakjubkan juga eczema yang dideritai sekian lama sembuh dan kembali pulih 98% dalam tempoh seminggu sahaja pesakit menjalani rawatan dengan kaedah ruqyah,bekam dan minyak zaitun.

 Pesakit datang untuk meneruskan dengan rawatan asma pula. Mudah2an dipermudahkan kesembuhan oleh Allah.

RAWATAN KUDIS YANG TERUK


Assalamualaikum, bagi pesakit kudis biasa maka ubat dari hospital, klinik atau farmasi sudah memadai untuk merawatnya. Tetapi sekiranya setelah disapu ubat,kudisnya tidak berkurang@kering malah bertambah banyak maka boleh menggunakan kaedah ini:

1)  setengah sudu minyak zaitun extra virgin
2)  1/2 cm kunyit hidup@ibu kunyit ditumbuk
3)  sedikit minyak gamat

Ketiga bahan dicampurkan di dalam sudu besi dan panaskan di atas lilin. ketika masih panas sapukan pada kudis anak2 di waktu malam sebelum tidur dan biarkan sehingga keesokan paginya. insyaAllah kudis akan cepat kering dan sembuh hatta kudis buta@yang sangat kronik pun.selamat mencuba.

KAEDAH2 BEKAM DAN RAWATAN KANSER

Assalamualaikum, Bismillah. Di sini diturunkan beberapa tips untuk merawat berbagai jenis kanser

1) Pesakit kanser perlu kerap melakukan bekam sunnah pada kadar seminggu sekali selama 3 minggu berturut2 dan seterusnya sebulan sekali sehingga sembuh

2)Minum dan mandi air ruqyah

3) Minum minyak zaitun  extra virgin ruqyah 3 kali sehari atau kapsul zaitun extra virgin dan sapukan di kawasan kanser.

4) Makan 2 biji kapsul habbatussawda pagi dan 2 biji malam setiap hari selama tiga bulan.

Sunday 9 December 2012

BEKAM MERAWAT SIHIR MENGGUNAKAN BAHAN BERBISA SEPERTI BISA ULAR, KALA JENGKING ,LIPAN, LINTAH DAN LAIN2


ulasan gambar: tanda penyakit kulit itu adalah disebabkan sihir  adalah kawasan hitam pada betis akan merebak dan gatal atau berdenyut bisa tetapi doktor tidak dapat mempastikan punca penyakit menggunakan kaedah moden

Assalamualaikum, Bismillah . Kelmarin saya merawat seorang pesakit yang disihir mengggunakan bahan2 berbisa yang menyebabkan kulitnya jadi bersisik dan bertukar warna menjadi hitam. Pesakit juga mengalami simptom batuk, rasa sakit di dalam perut, peha dan betis serta  gatal2 di kawasan yang hitam itu pada masa tertentu. Pada mulanya kawasan hitam di badan dan pahanya kecil sahaja dan semakin merebak dan membesar terutama di bawah lengan dan di paha.

Beliau telah mendapat rawatan di hospital dan doktor mengesahkannya tidak mengidap apa2 penyakit. Saya telah melakukan bekam pada poin2 sunnah dan di kawasan yang hitam dan mendapati pada kebanyakan poin bekam darahnya berwarna hitam pekat dan jaringan tali yang sederhana menunjukkan sihir yang tidak terlampau bisa.

Pesakit merasa lebih segar setelah dibekam dan dicadangkan terus mendapatkan rawatan ruqyah  untuk merawat kesan sihir.

dicatat oleh Us Hanafiah

BEKAM UNTUT MERAWAT UNTUT


Assalamualaikum, Bismillah, Pesakit yang mengidap penyakit untut kini tidak perlu risau dan bersusah payah untuk merawat penyakit mereka ke sana-sini kerana kini dengan berbekam telah terbukti dapat merawat dan mengecilkan bengkak2 di kaki mereka.

Pesakit disarankan datang berbekam seminggu sekali selama tiga minggu berturut2 untuk mendapatkan kesan nyata kesembuhan penyakit. Setelah itu disarankan datang berbekam sebulan sekali sehingga sembuh

Saturday 8 December 2012

Rawatan pencegahan penyakit berat2






Maksud hadis nabi saw "Tetaplah kamu dengan  habbatussawda kerana Habbatussawda boleh menyembuhkan semua penyakit kecuali mati"  .  untuk mengamalkan habbatussawda sebagai pencegah penyakit berat maka boleh dimakan dengan kadar sesudu kecil biji habbatussawda di waktu pagi. boleh dicampurkan ke dalam minuman seperti teh-o, minuman coklat dan sebagainya. Antara penyakit yang mudah sembuh adalah kanser ,banyak  tidur,kencing manis,gout dll.
TETAPI KENA ISTIQOMAH ATAU BERTERUSAN SESUAI DENGAN MAKSUD HADIS TADI, MAKA IA AKAN MENYAPU HABIS SEMUA PENYAKIT. Orang yang sedang sakit perlu mendapatkan kadar dos yang sesuai dari PERAWAT

KHASIAT RAWATAN BEKAM

 Rawatan bekam sekarang ini menggunakan peralatan terkini untuk menyedut darah kotor disekitar badan.Ia bagus untuk merawat migran dan membersihkan darah.Darah yang kotor dan terkumpul pada saluran darah tertentu di bahagian badan boleh menimbulkan sesuatu penyakit seperti gout,migran,kebas anggota badan,kanser,resdung dan sebagainya.

Sesiapa badannya ada banyak gangguan jin/sihir/saka amat bagus untuk berbekam,sebab jin bergerak dan membuang najis dalam darah manusia dan secara tak langsung ia akan mengotorkan dan menyekat kelancaran perjalanan darah,lalu wujudlah bermacam penyakit keturunan seperti migran,asma,hilang fokus,stress,gout,resdung dan macam-macam lagi...jadi bila kita berbekam di pusat kepala atau sekitar badan,secara beransur-ansur jin tu dah disedut keluar...tu yang nampak darah kotor yang bertali selepas berbekam...Ia juga disebut sbg al hijamah dan rawatan ini adalah sunnah nabi.

Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik


FAKTA MENGENAI RAWATAN BEKAM

Bekam darah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Waktu rawatan untuk bekam pula, pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan islam kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun. Bagaimanapun, rawtaan bekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam.Alat-alat bekam pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.Kebaikan Berbekam Membantu menghilangkan pening dan migrain. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Membantu meringankan tubuh.

Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas. Berbekam juga membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang serta banyak lagi.

DALIL TENTANG RAWATAN BEKAM

أن النبي صلى الله عليه وسام احتجم وهو محرم صائم . رواه مسل“

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim dalam sesetengah tariq Hadis Syadad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida.

Hadith-hadith lain dia (Anas) berkata:

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku, wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW "kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari


LARANGAN BAGI RAWATAN BEKAM

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis,perempuan mengandung 3 bulan pertama,,masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.

5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.

6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.

9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.

10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.

11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.

12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.

13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.

14) Bermanfaat mengatasi keracunan.

15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.


MANFAAT RAWATAN BEKAM ANGIN


1) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.

2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.

3) Mengubati nephritis.

4) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.

5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.

6) Untuk mengatasi masuk angin.

7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.

Rawatan Koma(Tidak sedar diri dalam tempoh lama)



1)Ruqyah/bacaan Quran
2)Bekam
3)air zam-zam

Bekam boleh merawat sakit lutut


Pengidap sakit lutut samada ringan atau serius kini boleh memanfaatkan rawatan bekam untuk menyembuhkannya atau mengurangkan masalah lutut. Beberapa poin di sekitar lutut dan pelipat lutut boleh dibekam bergantung kepada tahap penyakit. Pesakit juga disarankan mengamalkan minum sesudu cuka kurma setiap hari. Bagi jemaah masjid yang terpaksa solat dengan cara duduk di atas kerusi disarankan segera menjalani terapi bekam untuk memulihkan kesakitan lutut

Tips Menjaga Kesihatan-Istiqomahlah Melakukan Bekam Sunnah


 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud"" berbekam pada 17,19,21 menyembuhkan semua penyakit". Hadis ini hendaklah diambil berat oleh setiap orang Islam yang ingin menjaga kesihatan supaya sentiasa dalam keadaan topform walaupun telah berusia lanjut. Bagi mereka yang tidak pernah berbekam dan merasa takut untuk berbekam ada alternatif selain menggunakan pisau adalah dengan menggunakan jarum yang ditusuk ke badan dengan menggunakan pen bekam. Cara ini adalah selamat dan tidak menyakitkan kerana kedalaman jarum masuk mengikut sukatan tertentu dan lubang lukanya kecil sahaja, tidak meninggalkan kesan parut.

Adalah sangat beruntung jika kita dapat berbekam sebulan sekali secara istiqomah samada mengikut tarikh di dalam hadis di atas atau tidak kerana ini dapat menghindarkan penyakit berbahaya berkumpul di dalam darah dan organ dalaman seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Perlu difahami bahawa kebanyakan penyakit yang menimpa umat Islam di Malaysia adalah penyakit yang berkumpul di dalam badan hari demi hari,bulan demi bulan ,tahun demi tahun disebabkan oleh pemakanan,alam sekitar,rokok,ubat-ubatan dan lain-lain. Pengumpulan toksin ini jika tidak dibuang dengan kaedah bekam maka ia akan menjadi mudhorat yang besar di pertengahan usia atau usia tua seperti yang dialami oleh masyarakat kita sekarang.

Membuang toksin dengan kaedah bekam adalah salah satu kaedah yang termudah kerana anda tidak terikat dengan apa-apa prescription. Darah kotor dibuang ,penyakit pun hilang semudah itu sahaja.

MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT PADA MUKA






Assalamualaikum, Bismillah

1) Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu


2) Basuh muka dengan menggunakan  ais.

3) Lakukan bekam di kawasan muka. Selamat mencuba

TOMOI GUNA JIN ?







  Dipetik dari HARIAN KOSMO

Sesetengah upacara penamatan latihan senibela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan ‘kuasa’ warisan yang akhirnya memakan diri.

"SAYA sering gelisah. Pada waktu malam, jantung berdebar kuat dan badan menjadi panas. Dalam keadaan itu, perkara kecil pun boleh buat saya naik angin. Saya sedar saya semakin menjadi seorang yang pemarah," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 36.

Pernah satu ketika hentakan siku dan lengan singgah di badan seorang pelayan restoran hanya kerana pelayan itu tanpa sengaja tertumpahkan kuah sup panas di belakang tubuh Kamal. Pelayan lelaki itu terjelepok ke lantai. Kecoh jadinya!

"Mujur isteri saya mententeramkan keadaan. Rayuan isteri buat saya kembali berfikir serta segera meminta maaf kepada lelaki itu. Malah, saya mahu membawanya ke klinik untuk dirawat jika ada kecederaan," imbasnya yang bernasib baik kes tersebut tidak dilanjutkan ke pihak berkuasa.

Pertemuan dengan Jurnal turut ditemani isterinya, Zalifah. Atas menghormati permintaan, mereka hanya mahu berkongsi cerita tanpa perlu gambar mereka diambil.

Walaupun Kamal mengakui dirinya cenderung untuk mengamuk, jauh dalam hatinya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah. Namun, dia sering gagal mengawal perasaan itu.

Kisah sepak terajang di restoran itu adalah salah satu daripada banyak contoh Kamal melepaskan sikap panas barannya.

Baginya, sebarang perkara yang mengejutkan emosi dan fizikalnya umpama satu ancaman buat diri dan keluarga. Semangat pahlawan yang muncul entah dari mana mempengaruhinya agar bertindak!

"Pendek kata, saya pantang dicabar atau dikejutkan dengan sesuatu. Dalam fikiran hanya satu matlamat iaitu untuk menumpaskan lawan, walaupun saya sebenarnya bukan di gelanggang," kata Kamal yang berloghat Pantai Timur.


Kamal mengakui bahawa dia pernah mempelajari seni bela diri muay thai atau tomoi di kampungnya yang berjiran dengan tanah Siam. Selama lima tahun dia patuh pada tunjuk ajar jurulatihnya yang juga berasal dari seberang sempadan itu.

Seingat Kamal, dialah yang paling gagah di kem tomoi yang disertainya. Ramai lawan mudah ditewaskan di gelanggang. Dalam latihan, sudah banyak batang pokok yang patah-riuk hanya dengan tendangan menggunakan tulang keting. Rasa sakit pula hanya sekejap.

Kamal menjadi orang kesayangan jurulatihnya lantaran sering membawa pulang trofi kejuaraan.

Tanpa berasa hairan tentang tenaga tubuhnya yang tidak mudah surut ketika bertarung, Kamal tidak pula mencurigai tentang perkara-perkara lain.

"Tiga tahun lalu, saya telah berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah pasukan keselamatan. Mengetahui hal itu, jurulatih saya di kampung segera menganjurkan upacara penamatan latihan tomoi.

"Katanya, sebagai satu majlis penghargaan. Antara lain, saya disuapkan pulut kuning olehnya," kata Kamal yang menyangkakan itu hanyalah ritual biasa.

Menurutnya, kesibukan tugas di Kuala Lumpur tidak memberi peluang kepadanya berlatih tomoi seperti selalu. Lama-kelamaan, bermulalah perubahan ketara dalam dirinya.


"Saya malas bersembahyang dan sering merancang untuk membuat perkara yang tidak elok. Saya bercakap besar dan suka mencari gaduh. Tanggungjawab pada Tuhan dilupakan, apatah lagi tanggungjawab pada keluarga.

"Di mana-mana pun, pasti ada yang cedera saya kerjakan. Saya rasa puas bila tengok orang yang dibelasah meminta dikasihani," terangnya yang hampir kehilangan kerja kerana sikapnya itu.

Jauh dalam hatinya, Kamal sedar betapa sudah ramai yang menjadi mangsa amarahnya. Isterinya juga tidak terkecuali. Hinggalah akhirnya kesulitan dan kecelaruan perilaku itu sampai ke pengetahuan seorang ustaz yang sudi membantu Kamal. Itupun atas inisiatif rahsia teman-teman sekerja Kamal.

"Ketika bertentang mata, suami saya seperti amat berdendam pada ustaz itu. Dia serta-merta menceceh dalam bahasa Siam dan kemudian membuka buah (langkah) tomoi. Saya seperti tak percaya apa yang dilihat dengan mata sendiri," kata Zalifah yang turut merancang pertemuan itu dalam senyap.

Enam orang yang berbadan sasa, menurut Zalifah, diperlukan untuk menandingi kekuatan Kamal yang terbit mendadak. Rancak berasak dan bergelut, disertai tekanan ilmu penawar dari ustaz itu, Kamal akhirnya memuntahkan sesuatu.

"Dia tak henti menjerit dan mendengus berat saat direbahkan beramai-ramai. Macam lembu korban, perlahan-lahan dia hilang tenaga dan tidak melawan," kata Zalifah.

TANPA disertai ritual syirik, tomoi sudah cukup sifatnya sebagai jurus seni bela diri yang menyeronokkan dan menyihatkan fizikal.

"Saya betul-betul tidak sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya cuma rasa tubuh semakin lemah, seperti bertarung berjam-jam lamanya dengan lawan yang sangat kuat," ujar Kamal yang mengakui fikirannya lebih tenang selepas mengikuti siri rawatan bersama ustaz tersebut.

Apabila dikenangkan semula, Kamal teringat tentang hidangan makanan, air mandian wangi dari kolah dan mangkuk tembaga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan tempat tidurnya di kem tomoi di kampungnya dahulu. Semua itu disediakan jurulatihnya.

Kamal sempat berpesan, kalau ada sesiapa yang mewarisi ilmu muay thai atau tomoi dan sedang berbangga dengan kemahiran yang ada agar berwaspada dengan perubahan diri. Ilmu kebatinan pasti meminta 'pulangan' daripada tuannya.

"Apa yang dimuntahkan?" tanya saya kepada Kamal.

"Awak tak akan percaya. Benda yang dimuntahkan itu kelihatan seperti gumpalan pulut. Sama seperti yang saya makan bertahun-tahun dahulu di kem tomoi itu," jawabnya.

AMALAN SUPAYA TIDAK KENA TINDIH SEMASA TIDUR



Assalamualaikum,Bismillah.Kaedahnya ialah..

-sebelum tidur malam,anda perlu wudu' dahulu seterusnya duduk dengan melunjurkan kaki ke arah kiblat.
-baca 3qul 3x lalu tiup 10 saat pada tapak tangan.
-tahan nafas,niat pelindung diri dan sapu seluruh badan dari kepala hingga hujung kaki
-lakukan sebanyak 3x setiap nak tidur malam

POINT BEKAM YANG EFEKTIF DALAM MERAWAT SIHIR/SAKA



Assalamualaikum, Bismillah
Bagi mereka yang mengalami sihir/saka disyorkan anda berbekam seminggu sekali selama 3x sesi sebanyak 18 point untuk sekali bekam bagi mendapat kesembuhan yang maksimum.

Jin/syaitan memang bergerak dalam darah manusia dan mendiami sendi-sendi tertentu,bila berbekam darah,makhluk-makhluk tersebut akan terus ditarik keluar bersama darah kotor,selalunya darah gangguan jin ini berbentuk bertali dan pesakit akan rasa panas memijar pada point yang telah dibekam serta badan akan rasa menggigil sedikit.